Tuesday, July 28, 2009

Something Yang Aku Teringat.....

Pada hari Sabtu baru2 ni, 25 Julai 2009, aku terserempak dengan seorang Cina Mualaf. Dia keje jual perabot di Giant Puchong. Aku tak tau samada betul atau tidak dia tu mualaf sebab cara dia bercakap masih dalam pelat cina lagi. Tapi, dari cara dia, aku tengok, dia bersungguh2 belajar ilmu agama islam. Aku seronok dengar citer dia dapat hidayah dari Allah...Semoga dia kekal dalam agama Islam, insyaAllah...

Bukannya apa, aku sendiri walaupun beragama islam, tapi, bila difikir2 balik, banyak sungguh dosa aku ni kat Tuhan. Cina yang baru masuk islam tu kira macam kain putih yang sangat suci dan bersih. Dia citer kat aku yang bakal isterinya seorang maid dari indonesia beragama islam. aku rasa macam bertuah sungguh dia sebab dapat hidayah daripada Tuhan. Mungkin kisah hidupnya yang penuh dengan cabaran menjadikan dia celik hati untuk tahu apa yang berlaku pada dia sebelum ni adalah ujian untuk dia. Dan, dari situ aku tersedar yang kita hidup kat dunia ni adalah untuk beribadah kepada Tuhan. dan apabila kita ni nama sebagai manusia Tuhan akan uji kita dengan pelbagai cara. Sedih senang bahagia duka....semuanya adalah ujian. dan Tuhan akan uji kita sebagai hambanya sekuat mana keimanan kita kepada dia. Begitulah hidup kita ni selagi adanya nyawa melekat dalam diri kita. Kebanyakan dari kita biasanya tumpas dengan ujian tuhan. Mungkin aku juga dah lama tumpas dengan ujian Tuhan yang baru sikit Dia bagi kat aku.

Biasalah, kita manusia, bila Tuhan uji kita, tak makbulkan doa, kita kata Tuhan tak sayangkan kita. Tapi hakikatnya, bersyukur tak kita dengan apa yang dia dah bagi pada kita selama kita hidup di mukabumi yang Dia ciptakan untuk kita ni? Dia bagi akal fikiran untuk berfikir, dia bagi kita melihat, mendengar, berlari, menghirup udara, makan minum, dan.....banyaaakkkk lagi.... Dalam sehari, berapa kali gaknya kita menyatakan syukur kita dengan pemberianNya yang sangat banyak tu? Bila difikirkan balik, lojik tak sebenarnya yang kita ni, terlalu mengejar nikmat dunia yang sangat sikit ni? Padahal kita tahu yang kita ni bukan hidup untuk selamanya kat dunia ni?

Kita tahu, tapi cuba menfikan yang kematian tu sentiasa menunggu.... huhuhu
Semoga hidup kita diberkatiNya.....Amin....

Monday, July 27, 2009

Cukup Untuk Hari Ni


Ok....cukup la untuk hari ni aku menggodeh blog aku..... Penat sebab tak pernah buat blog. Tengok orang lain nyer blog semuanya cantik2 jer....Aku masih baru lagi la ni.....Huhuhuhu.

Tapi, yang parahnya ialah, tak nak tanya orang macam mana diorang nyer blog leh jadi cecantek....Hahaha...Malu bertanya sesat jalan... Betul la tu kata-kata orang tua. Hari ni, cuaca tak panas sangat macam selalu. Selalunya cuaca panas. Aku leh sakit kepala kalau keluar lunch tadi....

Erm....dah setel dah keje untuk hari ni...Sepatutnya ada data kena key in dalam sofware, tapi, sebab ralit sangat buat blog ni, jadi, aku tak buat lak key in data tu. Esok kena buat la kalau cam tu. Maklum je la, benda baru.....seronok la kalau dah start pandai sket2.....Huhuhuhu....

Lagipun ni dah nak start bulan baru. Kerja mesti datang berderu2 macam angin kat tepi pantai nanti.... Nasib baik ada staff bagitau yang esok dah gaji....Yeyyyy!!!! Suka bangat!!!! Boleh la buat shopping2 sket. Bayar duit kutu..... Abang lak suh balik kg, kata, nak ajak makan ramai2.....Bestnya.... Tapi, aku kan merajuk dengan ayah aku ni..... Cemana tah....Hahaha...

Takpela.....Lama2 nanti ok la nanti aku ni.....Aku ni memang suka merajuk dengan ayah yang tak tau apa2 pasal aku ni. Nak cam no.....Aku pujuk je la diri sendirik.....

Ughhhh...penatnya......letih kepala otak fikir kan masalah aku ni...

Apa2 lah....


Sebenarnya, date untuk blog ni dah salah. tapi, aku tak tau nak betulkan...watever...
Hari ni, aku buat keje sambil download gambar anime yang banyak dalam PC aku. nak letak dalam blog aku le apa lagi....kalau boleh, nak letak semua benda kaler purple...seswai skit dengan tema lavender...corect or not..?? hehehe

Monday Blues...

This is my first day having BLOG......hahhaa. Selama hari ni, aku tak pernah terfikir kan nak ada blog sendiri....huhuhu....sebabnya, aku ni bolehla tergolong dalam orang2 yang tak berapa celik IT...
Hari ni hari Isnin, suppose banyak keje yang kena buat, tapi, disebabkan dek malas ni, aku try la buat blog. hehehe...

Setau aku dan seingat aku, aku tak pernah pulak baca kisah orang yang berdukacita dalam blog....Erm, semua orang hepi ke menjalani kehidupan diorang? Ataupun, aku yang memang suka bersedih? Tapi, tak kisahlah....yang aku tau, walaupun hidup aku ni susah, takde makna pada orang lain, aku tetap akan jalani kehidupan aku seperti manusia biasa jugak...(walaupun kadang2 rasa hidup aku tak macam orang lain...)