Tuesday, July 28, 2009

Something Yang Aku Teringat.....

Pada hari Sabtu baru2 ni, 25 Julai 2009, aku terserempak dengan seorang Cina Mualaf. Dia keje jual perabot di Giant Puchong. Aku tak tau samada betul atau tidak dia tu mualaf sebab cara dia bercakap masih dalam pelat cina lagi. Tapi, dari cara dia, aku tengok, dia bersungguh2 belajar ilmu agama islam. Aku seronok dengar citer dia dapat hidayah dari Allah...Semoga dia kekal dalam agama Islam, insyaAllah...

Bukannya apa, aku sendiri walaupun beragama islam, tapi, bila difikir2 balik, banyak sungguh dosa aku ni kat Tuhan. Cina yang baru masuk islam tu kira macam kain putih yang sangat suci dan bersih. Dia citer kat aku yang bakal isterinya seorang maid dari indonesia beragama islam. aku rasa macam bertuah sungguh dia sebab dapat hidayah daripada Tuhan. Mungkin kisah hidupnya yang penuh dengan cabaran menjadikan dia celik hati untuk tahu apa yang berlaku pada dia sebelum ni adalah ujian untuk dia. Dan, dari situ aku tersedar yang kita hidup kat dunia ni adalah untuk beribadah kepada Tuhan. dan apabila kita ni nama sebagai manusia Tuhan akan uji kita dengan pelbagai cara. Sedih senang bahagia duka....semuanya adalah ujian. dan Tuhan akan uji kita sebagai hambanya sekuat mana keimanan kita kepada dia. Begitulah hidup kita ni selagi adanya nyawa melekat dalam diri kita. Kebanyakan dari kita biasanya tumpas dengan ujian tuhan. Mungkin aku juga dah lama tumpas dengan ujian Tuhan yang baru sikit Dia bagi kat aku.

Biasalah, kita manusia, bila Tuhan uji kita, tak makbulkan doa, kita kata Tuhan tak sayangkan kita. Tapi hakikatnya, bersyukur tak kita dengan apa yang dia dah bagi pada kita selama kita hidup di mukabumi yang Dia ciptakan untuk kita ni? Dia bagi akal fikiran untuk berfikir, dia bagi kita melihat, mendengar, berlari, menghirup udara, makan minum, dan.....banyaaakkkk lagi.... Dalam sehari, berapa kali gaknya kita menyatakan syukur kita dengan pemberianNya yang sangat banyak tu? Bila difikirkan balik, lojik tak sebenarnya yang kita ni, terlalu mengejar nikmat dunia yang sangat sikit ni? Padahal kita tahu yang kita ni bukan hidup untuk selamanya kat dunia ni?

Kita tahu, tapi cuba menfikan yang kematian tu sentiasa menunggu.... huhuhu
Semoga hidup kita diberkatiNya.....Amin....

No comments:

Post a Comment